Bulan Merah
Anak Patung dan Puteranya
Pinocchio the Double Agent
*Sila ambil perhatian bahawa anugerah ini mungkin tiada pemenang jika penyertaan tidak memenuhi kriteria untuk debut artis komik, bergantung pada keputusan akhir semakan, seperti yang dinyatakan dalam Info Anugerah.
Kami berbesar hati mengalu-alukan pengkarya paling popular dari Jepun sebagai penyokong untuk menyemarakkan lagi kreativiti anda!
Apa Itu Penyokong (Supporter)?
Kami memperkenalkan sistem penyokong (supporter), di mana pengkarya terkenal Jepun akan memberi sokongan kepada artis komik baharu yang ingin mengekspresikan seni mereka ke taraf lebih tinggi! Penyokong juga akan memberi bimbingan kepada pemenang untuk debut.

Noizi Ito
Noizi Ito
Ilustrator/Pereka Karakter. Karya popular: Siri 'Shakugan no Shana' dan 'Haruhi Suzumiya'.

Hajime Kamoshida
Hajime Kamoshida
Penulis. Karya popular: Siri 'Rascal Does Not Dream'.
Saya Hajime Kamoshita dan saya telah dilantik sebagai penyokong. Saya tidak sabar untuk melihat karya hebat yang bakal menanti saya di Anugerah Komik TATESC global pertama ini. Saya teruja untuk menyaksikan karya anda yang padat dengan semangat dan idea menarik.

Mine Yoshizaki
Mine Yoshizaki
Artis manga. Karya popular: Siri 'Sgt. Frog'.
Pelbagai budaya seluruh dunia berkembang, begitu juga manga yang kita kenali hari ini. Saya sertai acara ini kerana bagi saya ia satu peluang berharga untuk mengenali variasi gaya manga yang telah berevolusi melalui format komik TATESC ini. Saya menantikan bentuk ekspresi seni terbaharu yang hanya ada di Anugerah Komik TATESC ini.
Hadiah Untuk Setiap Bahasa
Anugerah Terjemahan dan Penerbitan di Jepun
Tiga karya akan dipilih untuk "Anugerah Terjemahan dan Penerbitan" antara
semua karya ditulis dalam lima bahasa (bahasa Inggeris, bahasa Cina
Dipermudah, bahasa Cina Tradisional, bahasa Thai dan bahasa Melayu)
yang telah dipilih dahulu, untuk diterjemah dan diterbitkan dalam bahasa Jepun.
*Karya pemenang
*Karya yang memenangi anugerah tidak semestinya akan dipilih menjadi karya bersiri, tetapi kami akan memberi sokongan untuk debut karya anda yang lain.
*Sekiranya tiada penyertaan yang menepati tahap ditetapkan untuk debut sebagai artis, mungkin tiada pemenang untuk setiap hadiah.
*Jika anda ingin menerima wang hadiah dalam mata wang selain USD, KADOKAWA GEMPAK STARZ SDN BHD (dari sini akan dikenali sebagai KGS) akan menukar wang tersebut kepada mata wang pilihan anda berdasarkan kadar pertukaran bulan hadiah itu diberikan. Setiap pemenang hadiah bertanggungjawab membayar cukai dari wang hadiah menurut undang-undang dan pengawalan negara diduduki pemenang. KGS akan menghubungi pemenang hadiah untuk memaklumkan cara menolak cukai dari wang hadiah terlebih dahulu.

Peserta setiap anugerah bahasa dijamin akan debut sebagai
e-serial dalam bahasa masing-masing! Seorang editor akan ditugaskan untuk membantu anda!Karya pemenang Anugerah Terjemahan dan Penerbitan Bahasa Jepun akan diterjemah menjadi bahasa Jepun untuk dijamin debut sebagai e-series di Jepun!
Tiada sekatan untuk penyertaan profesional, amatur, usia, jantina atau kumpulan/korporat!
Majlis anugerah akan diadakan di Jepun! Pemenang Anugerah Emas dalam setiap bahasa akan dijemput ke majlis penyerahan anugerah di Jepun!
Sokongan lain untuk debut oleh seluruh KADOKAWA Group akan didedahkan satu demi satu!

Juri Anugerah Global TATESC Comics pertama, terdiri daripada
editor penerbit KADOKAWA Group dalam setiap bahasa.
Selepas tempoh akhir penyertaan, pemenang akan diumumkan selepas pemilihan pusingan pertama, kedua dan akhir.
*Jadual mungkin berbeza, bergantung kepada proses pemilihan.
- ●Pengumuman Finalis
- ●Akan diumumkan di laman sesawang khas pada Oktober 2023
- ●Pengumuman Keputusan
Pemilihan Akhir - ●November 2023: Pengumuman karya menang dalam setiap bahasa dan "Anugerah Kategori Terjemahan" untuk diterjemah dan diterbitkan di Jepun di laman sesawang khas.
- ●Majlis penyerahan anugerah akan diadakan pada Disember 2023 di Jepun (lokasi akan ditetapkan, sama ada di Tokyo atau berdekatan Tokyo).
Tidak mengira penyertaan profesional/amatur, kerakyatan, jantina, usia, kumpulan/korporat.
(Tidak termasuk karya bersiri yang masih berjalan dalam majalah atau laman sesawang syarikat KADOKAWA Group dan karya yang telah diterbitkan dalam majalah atau laman sesawang syarikat KADOKAWA Group dan dibukukan antara 1 Januari 2020 hingga 31 Ogos 2023).
※Penyertaan dalam halaman ini terhad untuk bahasa Cina Dipermudah. Penghantaran karya sama lebih daripada satu dalam bahasa berbeza dan kepada kategori berbeza (atau penyertaan berulang dalam bahasa Cina Dipermudah di China) akan dikira tidak sah.
Peserta bawah umur juga layak menyertai. Namun ibu bapa atau penjaga (wakil sah; sama dengan di bawah) perlu juga hadir ketika waktu permohonan. Namun kami mohon ibu bapa atau penjaga sah anda (wakil sah, sama dengan di bawah) membaca garis panduan penyertaan dan mengisi borang kebenaran sebelum menghantar borang penyertaan anda. Selepas selesai permohonan, penjaga akan dianggap telah memberi kebenaran untuk menjadikan garis panduan permohonan ini kandungan kontrak. Untuk penyertaan kumpulan/korporat, hanya jika kumpulan/korporat itu dijamin mendapat hak sah ke atas karya dihantar.
Format dan saiz karya

●Grayscale, imej binary dan JPEG progresif tidak dibenarkan.
●Imej perlu disimpan dengan profil warna sRGB benam.
●Imej hitam putih dan berwarna diterima, tetapi kami syorkan imej berwarna penatalan menegak (vertical scrolling) dioptimumkan untuk dibaca pada telefon pintar.
●Penyertaan karya bersiri sahaja. Tiada masalah sekiranya karya tersebut belum siap.
●Jika saiz manuskrip dihantar agak berbeza dengan syarat di atas, karya tidak akan disingkirkan. Tolong pastikan anda simpan dan sediakan data berlapis (layered data) manuskrip original, kerana kami akan meminta anda menukar saiznya untuk penerbitan bersiri.
- ●Pengendalian karya yang menang anugerah
- *Pemenang Hadiah (orang yang menerima setiap kategori hadiah) bersetuju untuk memaklumkan KGS pada waktu karya itu menang (ketika KGS memaklumkan Pemenang Hadiah Anugerah atau ketika keputusan diumumkan, yang mana satu berlaku dahulu) bahawa Pemenang Hadiah boleh guna (termasuk terjemahan, adaptasi, novelisasi, animasi, filem live-action, game, barangan, barangan digital dan sebagainya berdasarkan karya yang menang itu dan sublesen penggunaan sebegini kepada pihak ketiga). Ini termasuk memberi sublesen penggunaan karya kepada pihak ketiga.
- *Peserta bersetuju lebih awal untuk memberi lesen eksklusif (termasuk hak untuk sublesen penggunaan sebegini kepada pihak ketiga dan sebagainya, demikian juga selepas ini) untuk menggunakan karya dalam cara lain.
- *Sekiranya karya penyertaan terpilih sebagai karya penyertaan yang menang, Pemenang Hadiah mungkin tidak boleh menggunakan karya tersebut atau membenarkan mana-mana pihak ketiga selain KGS untuk menggunakan karya penyertaan yang menang itu tanpa kebenaran bertulis daripada KGS.
- *Pemenang Hadiah bersetuju lebih awal sekiranya karya penyertaannya dipilih sebagai pemenang, dia akan menandatangani kontrak dengan KGS untuk penggunaan karya penyertaan tersebut dan sekiranya Pemenang Hadiah tidak bersetuju dengan kontrak tersebut, anugerah akan ditarik balik. Sekiranya karya yang menang hadiah digunakan, KGS akan membayar Pemenang Hadiah sejumlah wang dispesifikasikan oleh KGS untuk penggunaan karya tersebut. Wang hadiah akan digunakan sebagai ganti penggunaaan karya tersebut.
- ●Peringatan
- *Kami menerima penyertaan untuk laman sesawang bukan untung, laman sesawang peribadi, fanzine dan sebagainya, selagi karya itu tidak pernah diterbitkan sebelum ini. Namun begitu, kami minta anda buang karya tersebut selepas kami putuskan untuk menerbitkannya.
- *Kami akan menerima penyertaan untuk karya yang telah pun diterbitkan dalam laman sesawang komersial, selagi hak penyertaan dan penerbitan bersiri dijamin dipunyai oleh peserta. Namun begitu, kami minta supaya anda buang karya tersebut dari laman sesawang selepas kami putuskan untuk menerbitkannya.
- *Elakkan daripada menghantar dua atau lebih penyertaan pada masa sama.
- *Jika kami dapat tahu karya itu telah dihantar kepada lebih daripada satu pertandingan, ia tidak akan dilayan.
- *Peserta sama boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Namun begitu, setiap karya perlu dihantar secara berasingan.
- *Penyertaan banyak dalam bahasa berbeza tidak dibenarkan. Atau hantar dalam bahasa Cina Dipermudah kepada KGS dan penganjur di China secara berasingan.
- *KGS akan mendapat hak penerbitan ke atas karya yang menang. Mana-mana penggunaan sampingan karya yang menang akan tertakluk kepada terma dan syarat dalam kontrak syarikat kami.
- *Maklumat peribadi diberi oleh peserta akan dikendalikan dengan sewajarnya oleh KADOKAWA, Inc. sebagai pengguna bersama maklumat, mengikut polisi privasi.
- *Dengan menghantar penyertaan anda melalui borang penyertaan, anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat perjanjian penyertaan ini.
- *Peserta menjamin bahawa karya dihantar tidak melanggar hak cipta, hak lain atau kepentingan mana-mana pihak ketiga ketika lengkap proses penghantaran.
- *Karya yang menyelitkan unsur lucah atau kekejaman melampau, karya yang melanggar atau berkemungkinan melanggar hak cipta, hak lain atau kepentingan pihak ketiga (termasuk parodi dan imitasi), karya yang memfitnah atau memburukkan individu atau kumpulan spesifik, karya yang boleh menimbulkan kemarahan awam, karya yang melanggar garis panduan permohonan ini dan karya lain yang dianggap tidak sesuai oleh juri tidak akan dipilih untuk bertanding.
- *Sekiranya ada sebarang perkara timbul selepas keputusan diumumkan yang boleh membatalkan pemenang hadiah daripada proses pemilihan (termasuk kes di mana peserta bawah umur yang didapati tidak mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga), anugerah itu boleh ditarik balik dan wang hadiah dan sebagainya mungkin perlu dipulangkan semula.
- *Kami tidak boleh respons kepada sebarang pertanyaan berkenaan proses pemilihan.
- *Maklumat peribadi diberikan ketika waktu permohonan akan dikendalikan mengikut Polisi Privasi KADOKAWA Ltd.
- *Peserta yang menimbulkan kerosakan kepada KGS atau mana-mana pihak ketiga akibat melanggar Garis Panduan Permohonan ini akan diminta untuk membuat ganti rugi kepada KGS untuk kerosakan tersebut.
- *KGS berhak mengubah Garis Panduan Permohonan ini tanpa persetujuan peserta, sekiranya KGS menganggapnya perlu.
*Jika KGS memutuskan untuk mengubah Garis Panduan Permohonan ini, KGS akan meletakkan notis di laman sesawang The 1st TATESC Comics Global Awards atau memaklumkan peserta berkenaan masa dan maklumat terperinci perubahan tersebut. - *KGS tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan ditimbulkan oleh peserta berkaitan dengan pertandingan ini, kecuali kes di mana ada sebab KGS perlu bertanggungjawab. KGS tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan khas, tidak langsung, kerugian, bayaran perkhidmatan peguam atau kerosakan lain kepada peserta. KGS tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan khas, kerosakan tidak langsung, kerugian, bayaran perkhidmatan peguam atau kerosakan seangkatan dengannya.
- *Syarat Penyertaan ini akan dikawal dan ditafsirkan mengikut undang-undang tempatan Malaysia. Sekiranya ada bantahan berkaitan kandungan Syarat Penyertaan ini atau pelaksanaannya, pihak membantah perlu membuat bantahan penimbangtaraan dan merujuk kepada pusat timbang tara Malaysia yang berkenaan, mengikut peraturan timbang taranya.

Saya Noizi Ito, seorang ilustrator. Sukacita dimaklumkan bahawa saya telah dilantik sebagai penyokong Anugerah Komik TATESC. Saya teruja untuk melihat hasil pengkarya yang mencurahkan idea dari pelbagai budaya dan latar belakang berbeza. Jadilah diri sendiri dan ikut kata hati dalam berkarya. Kami harap pertandingan ini bakal menjadi batu loncatan ke arah kejayaan anda nanti.