The 1st TATESC COMICS Global Awards|KADOKAWA

ประกาศรางวัล !!ผลงานภาษาไทยขอบคุณทุกท่านที่สมัครเข้ามากันอย่างท่วมท้นจากการตัดสินของคณะกรรมการ ผลงานที่ได้รับรางวัลมีดังต่อไปนี้

Pinocchio the Double Agent

MAS Hiro

SINOPSIS

Giancovanni adalah perisik talam dua muka. Dia merupakan seorang lelaki kool, kacak dan pintar. Dia sangat mengutamakan hasil kerja sempurna tanpa dapat dikesan sesiapa. Suatu hari, dia disumpah tidak dapat menipu akibat membuang air di kubur Geppetto, tokoh agama terkenal. Terdesak, dia cuba mencari ahli sihir yang mampu membatalkan sumpahannya.

Komen daripada Editor KGS

Konsep yang menarik kerana menggunakan watak dari cerita Pinocchio sebagai seorang perisik berlatarbelakangkan zaman retro Eropah. Ia menjadikan karya ini menonjol berbanding yang lain. Karya ini berpotensi dikembangkan menjadi harta intelektual.

Bagi kategori bahasa Melayu pula, tiada karya yang layak menerima Anugerah Emas atau Gangsa. Hanya satu karya menerima Anugerah Perak. *Pada masa keluaran 20 November, karya 'Anak Patung dan Puteranya' telah diumumkan menerima Anugerah Gangsa, tetapi anugerah tersebut telah dibatalkan atas kehendak artis komik. Tahniah kepada semua artis komik yang memenangi anugerah. Selain menyampaikan hadiah wang tunai dan sijil penghargaan kepada semua pemenang, KADOKAWA GEMPAK STARZ akan bertanggungjawab dalam penyuntingan, penerbitan dan akan menambah baik karya mereka untuk versi dgital. (Ulasan penyokong akan diterbitkan untuk sesetengah karya yang memenangi anugerah.)

Anugerah Terjemahan dan Penerbitan di Jepun

Antara karya bahasa Inggeris, bahasa Cina Dipermudah, bahasa Cina Tradisional, bahasa Thailand dan bahasa Melayu yang diterjemah ke bahasa Jepun untuk diedarkan di Jepun. Tahun ini, sebuah karya telah terpilih menerima Anugerah Perak!

极热进化

手撃拳

SINOPSIS

Suhu di Bandar L, Negara A, terus meningkat dan satu kemalangan di tapak pembinaan melahirkan sejenis serangga bawah tanah yang kemudian mengambil alih bandar tersebut dan menjadi parasit manusia. Apabila manusia dikawal oleh emosi, mereka berubah menjadi makhluk yang menakutkan. Xiao Jie, seorang ahli perniagaan, cuba meninggalkan Bandar L bersama ibunya untuk melarikan diri daripada kemelut rumah tangga, malangnya dia terperangkap di tengah-tengah kekacauan itu. Bagi menyelamatkan ibunya, dia melarikan diri dan berjaya hidup. Selepas berdepan dengan bahaya berkali-kali, dia sedar bahawa dia tidak cukup 'normal' untuk mengawal suis emosinya. Selepas banyak kali menghadapai pengembaraan antara hidup dan mati serta berdepan masa lalunya sendiri, akhirnya dia bertemu seseorang yang boleh dipercayai.Akhirnya dia semakin dekat dengan kebenaran, tetapi mampukah dia bertahan sebagai seorang manusia?

Komen daripada Editor KADOKAWA

Ini adalah sebuah karya seram yang digambarkan dengan sangat baik yang berlaku pada masa depan di mana dunia berdepan pemanasan global.
Komposisi dan ekspresi yang menggambarkan 'suatu lokasi di Asia' yang panas dan lembap memang sangat bagus dan bagi pembaca yang tinggal di Jepun pada tahun ini, di mana ia amat panas, dengan mudah memahami situasi dunia tersebut.
Apa yang sepatutnya diberi perhatian ialah kemampuan luar biasa karya ini. Kemahiran eskpresi yang ditampilkan mencapai tahap yang boleh digunakan secara global.
Walaupun terdapat banyak karya lain yang bagus dari segi jalan cerita, lukisan atau komposisi, kami memilih karya ini sebagai pemenang Anugerah Terbitan Terjemahan kerana ia berjaya memenuhi kesemua elemen pada tahap yang baik.

Komen daripada Editor KADOKAWA QINGYU

Atmosfera menyeramkan dan 'melekit' dalam karya ini menimbulkan pelbagai jangkaan sejak awal, dan walaupun ia adalah kisah panik-seram dengan elemen fiksyen sains, ia berjaya mempersembahkan kisah realistik dengan karya seni yang meyakinkan. Alasan watak utama mengambil tindakan adalah kerana masalah keluarga, menjadikan cerita itu terasa dekat kepada pembaca dan reka bentuk raksasa itu mempunyai makna dan berkait dengan cerita, menjadikan kisah ini telah dirancang dengan baik. Sebagai pembaca, saya menikmati karya ini dan sangat teruja untuk tahu apa yang akan berlaku seterusnya.

Komen Penulis

Terima kasih banyak-banyak di atas anugerah berprestij daripada KADOKAWA. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anda semua yang telah membantu saya. Anugerah ini telah memberikan kami dorongan dan keyakinan yang bagus dan telah meyakinkan kami bahawa satu-satunya jalan ke hadapan ialah meneruskan kerja kreatif kami. Kami akan terus melakukan apa yang kami fikirkan betul dan meneruskan aktiviti kreatif kami!

Tambahan

Sukacita diumumkan kami akan menganugerahkan enam karya untuk Anugerah Galakan. Penghargaan ini dihadiahkan buat karya yang walaupun belum mencapai tahap layak menerima Anugerah Terjemahan dan Penerbitan di Jepun, tetapi telah menghantar karya yang mempunyai daya tarikan istimewa dan menawarkan tawaran penambahbaikan dan karya masa depan, untuk menyokong pertumbuhan artis komik.

  • 风流房客俏房东(你好好好菌)
  • 困兽(小晨阳-woogy)
  • 清道夫(陀地老油条)
  • 消灾社(Janz.)
  • 您的好兄弟要加熱嗎(重花)
  • REVENANT SAGA(umeumebozu)

Artis yang memenangi enam Anugerah Galakan akan menerima hadiah berupa wang tunai dan sijil. Pihak kami tidak menjamin penerbitan karya mereka buat masa sekarang, tetapi kami mengalu-alukan penyertaan mereka di masa hadapan dengan karya yang lebik baik!

top